DIGI TELECOMMUNICATIONS SDN BHD (201283-M)
1.1 Kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda. Oleh itu, adalah penting bagi kami agar anda memahami cara kami mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda.
1.2 Penyataan privasi ini menjelaskan berkaitan dengan cara kami memproses maklumat peribadi yang dikumpulkan semasa anda menggunakan perkhidmatan kami, termasuk rangkaian telekomunikasi kami, aplikasi, atau mana-mana laman web kami (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Perkhidmatan”). Sila baca penyataan privasi ini bersama dengan Terma Perkhidmatan bagi mana-mana perkhidmatan Digi yang anda gunakan, yang mungkin tertakluk kepada syarat tambahan tertentu ke atas maklumat peribadi anda yang dikumpulkan.
1.3 Penyataan privasi ini menjelaskan jenis maklumat peribadi yang dikumpulkan, kenapa dan bagaimana kami mengumpul dan memproses maklumat peribadi berkenaan, dan bagaimana ia dikongsi dengan pihak ketiga. Penyataan ini juga menjelaskan hak privasi anda yang berhubung kait dengan maklumat peribadi dan bagaimana anda boleh menggunakannya.
2.1 Dasar Privasi Digi boleh dirumuskan kepada berikut:
2.2 Digi (dan Kumpulan Telenor, dimana kami merupakan sebahagian daripadanya) percaya bahawa semua pelanggan kami berhak menikmati tahap perlindungan privasi yang sama. Merujuk kepada “pelanggan”, ia bukan hanya pelanggan sedia ada, tetapi juga bekas pelanggan, bakal pelanggan dan pelanggan daripada rangkaian lain yang menggunakan khidmat perayauan kami. Digi akan memproses maklumat peribadi anda yang dikumpul selaras dengan prinsip privasi yang berikut:
3.1 Digi menentukan tujuan serta cara maklumat peribadi anda diproses, dan oleh itu berfungsi seperti ‘pengguna data’, seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010. Digi bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda diproses selaras dengan prinsip privasi utama kami, penyataan privasi ini dan undang-undang yang berkenaan.
3.2 Apabila maklumat peribadi anda dikongsi bersama Kumpulan Telenor selaras dengan bahagian Bagaimana kami berkongsi maklumat peribadi anda di bawah, kami akan memastikan bahawa Kumpulan Telenor bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk memastikan maklumat peribadi yang dikongsi dengannya (atau mana-mana ahli Kumpulan Telenor) diproses selaras dengan prinsip privasi penting kami, penyataan privasi ini dan undang-undang yang berkenaan.
4.1 Kami mengumpul maklumat peribadi anda melalui tiga cara:
4.2 Jenis maklumat peribadi yang lazimnya dikumpulkan melalui tiga cara ini dijelaskan di bawah.
4.3 Untuk beberapa perkhidmatan kami, contohnya yang berkaitan dengan kewangan, muzik atau perkhidmatan persidangan video, maklumat peribadi tambahan mungkin perlu dikumpulkan, mengumpul maklumat peribadi dengan cara lain dan/atau maklumat peribadi dikumpul untuk tujuan khusus untuk perkhidmatan tersebut. Dalam kes sedemikian, Terma Perkhidmatan kami ada menjelaskan aktiviti pemprosesan maklumat peribadi yang khusus kepada perkhidmatan tersebut.
4.4 Apabila anda mendaftar atau melanggani perkhidmatan kami, anda mungkin memberikan maklumat peribadi yang tertentu. Jenis maklumat mungkin termasuk:
4.5 Apabila anda menggunakan mana-mana perkhidmatan kami, maklumat tertentu mengenai anda dan peranti anda akan dikumpul secara automatik. Maklumat yang dikumpul secara automatik bergantung kepada perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda dan jenis peranti yang anda gunakan untuk mengakses dan/atau mengguna perkhidmatan kami.
4.6 Kami akan mengumpul maklumat mengenai jenis peranti dan perisian yang digunakan untuk mengakses perkhidmatan kami, contohnya sekiranya anda menggunakan telefon iPhone atau Samsung, dan jenis sistem operasi yang digunakan dalam peranti anda.
4.7 Apabila anda menggunakan perkhidmatan telekomunikasi kami, maklumat mengenai komunikasi anda akan dikumpul secara automatik termasuk:
4.8 Apabila anda melayari salah satu daripada laman web kami dan/atau menggunakan salah satu daripada perkhidmatan atas talian kami, maklumat mengenai peralatan terminal atau peranti anda serta penggunaan perkhidmatan atas talian kami akan dikumpul. Maklumat ini biasanya merangkumi:
4.9 Apabila anda melayari salah satu daripada laman web kami dan/atau menggunakan salah satu daripada perkhidmatan atas talian kami, maklumat berikut juga mungkin dikumpul:
4.10 Maklumat yang dikumpul secara automatik apabila anda menggunakan laman web dan/atau perkhidmatan atas talian kami akan dikumpul melalui cookies dan teknologi lain seumpamanya. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi ini dan kenapa dan bagaimana kami menggunakan teknologi berkenaan.
4.11 Kami mengumpul maklumat apabila perkhidmatan digital kami dipaut kepada perkhidmatan pihak ketiga, contohnya apabila anda telah meminta perkhidmatan kami disepadukan dengan perkhidmatan pihak ketiga seperti rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram atau Twitter atau perkhidmatan VoIP seperti Skype dan Viber. Maklumat ini biasanya merangkumi:
4.12 Kadang-kala kami mengumpul maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga, berhubung dengan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda.
4.13 Sebagai contoh apabila anda membeli produk atau mendaftar untuk perkhidmatan kami, kami boleh memperoleh maklumat kredit anda daripada agensi pelaporan kredit luar untuk membantu kami membuat keputusan pengesahan pelanggan dan yang berkaitan dengan kredit. Kami juga bekerjasama dengan pihak ketiga (termasuk, contohnya, rakan niaga, subkontraktor, perkhidmatan pembayaran dan penghantaran, rangkaian pengiklanan, penyedia analitik, penyedia maklumat pencarian, agensi rujukan kredit) dan mungkin menerima maklumat mengenai anda daripada mereka.
4.14 Apabila anda menggunakan butiran media sosial anda untuk log masuk atau berinteraksi dengan sebarang laman web Digi atau Telenor atau tawaran Telenor, kami mungkin mengumpul maklumat mengenai profil media sosial anda seperti minat, “likes” dan senarai kawan-kawan anda. Anda boleh mengawal pengumpulan data ini melalui pilihan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan media sosial anda melalui akaun media sosial anda.
4.15 Kami mungkin menggabungkan maklumat peribadi anda yang kami terima daripada sumber lain dengan maklumat peribadi yang anda sediakan dan maklumat anda yang dikumpul secara automatik.
Kami mengumpul maklumat lokasi anda:
5.1 Apabila anda menggunakan perkhidmatan telekomunikasi kami. Sebagai contoh, kami mengumpul pengenalan telefon bimbit anda (“Cell ID”) yang merupakan maklumat lokasi peranti anda dalam rangkaian kami yang mendedahkan anggaran lokasi geografi anda. Kami perlu tahu lokasi anggaran anda agar kami dapat menyediakan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih.
5.2 Kami mungkin mengumpul maklumat lokasi anda apabila anda menggunakan perkhidmatan berdasarkan lokasi atau menerima tawaran berdasarkan lokasi. Bergantung kepada perkhidmatan berdasarkan lokasi atau tawaran yang anda gunakan dan posisi anda dalam rangkaian kami, kami mungkin menggunakan pengenalan telefon bimbit dan/atau data lokasi yang dijana oleh Sistem Kedudukan Global (‘GPS’). Data GPS mendedahkan lebih banyak maklumat tepat mengenai lokasi geografi peranti anda. Untuk tujuan ini, kami juga mungkin menggunakan teknik geo-pagar untuk menentukan bila peranti anda memasuki suatu kawasan geografi tertentu.
6.1 Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyediakan perkhidmatan, menyokong dan memperbaiki perkhidmatan kami, menyediakan perkhidmatan yang lebih peribadi dan relevan kepada anda dan para pelanggan kami dan menghantar maklumat mengenai perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda. Untuk tujuan ini, jika anda gagal untuk mengemukakan maklumat peribadi yang sepatutnya atau sekiranya maklumat peribadi yang diberikan tidak lengkap atau memuaskan, atau sekiranya anda menarik balik persetujuan untuk maklumat peribadi anda diproses, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau menyediakan perkhidmatan kami.
6.2 Kami juga mungkin memproses maklumat peribadi anda untuk menghubungi anda dari masa ke semasa dengan berita dan tawaran yang mungkin menarik bagi anda, seperti yang dihuraikan dengan lebih lanjut di bahagian Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran seperti di bawah.
6.3 Kami juga menggunakan maklumat peribadi anda untuk:
6.4 Dalam kebanyakan kes kami mengagregat dan/atau memastikan anda tidak boleh dikenalpasti dengan maklumat peribadi anda. Data agregat dan/atau tanpa nama diproses sebegini untuk pelbagai tujuan, termasuk kajian untuk membantu memahami pelanggan dan bagaimana mereka menggunakan perkhidmatan supaya perkhidmatan dapat diperbaiki untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih baik atau mencipta perkhidmatan baru.
7.1 Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan Kumpulan Telenor yang diproses untuk tujuan yang disenaraikan di bahagian Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda di atas. Dalam memproses maklumat peribadi ini bagi pihak kami, mereka akan sentiasa memproses maklumat tersebut selaras dengan penyataan privasi ini dan undang-undang berkenaan.
7.2 Kami menggunakan rakan sekerja dan penyedia perkhidmatan untuk pelbagai tujuan perniagaan seperti membantu kami menawarkan, menyediakan, membilkan, membaiki dan menambah baik perkhidmatan kami dan/atau perkhidmatan pihak ketiga yang anda gunakan. Dalam kes sebegini, mungkin perlu untuk berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan tersebut. Kami biasanya berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga apabila:
7.3 Apabila kami berkongsi maklumat peribadi anda, kami akan mengambil langkah untuk memastikan bahawa penerima maklumat anda akan melindungi privasi anda, memastikan keselamatan maklumat peribadi anda terjamin dan memproses maklumat tersebut selaras dengan undang-undang berkenaan. Langkah-langkah sebegini mungkin termasuk membuat kontrak yang sesuai dengan pihak ketiga, yang menetapkan jaminan yang sewajarnya berkaitan dengan langkah-langkah teknikal dan keselamatan organisasi yang mengawal pemprosesan maklumat peribadi anda, dan memastikan pihak ketiga mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mematuhi langkah-langkah tersebut.
7.4 Kami tidak akan menjual maklumat peribadi anda yang diproses kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda.
8.1 Kami ingin menambah nilai yang anda peroleh sebagai pelanggan Digi serta menyediakan maklumat yang lebih relevan tentang produk dan perkhidmatan kami begitu juga produk dan perkhidmatan pihak ketiga pilihan kami. Kecuali apabila anda tidak memilih untuk menerima maklumat pemasaran daripada kami dan/atau pihak ketiga pilihan kami (seperti yang dinyatakan pada 8.2) kami dan pihak ketiga tertentu mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar maklumat pemasaran berkaitan produk dan perkhidmatan berdasarkan pilihan dan minat anda.
8.2 Anda boleh mengawal bagaimana kami menggunakan maklumat untuk tujuan pemasaran. Jika anda tidak berhasrat untuk menerima atau terus menerima maklumat pemasaran daripada kami atau pihak ketiga yang terpilih kami, anda boleh berbuat demikian, dengan memberi notis pada bila-bila masa, dengan menghubungi Pusat Panggilan di 016-221 1800.
8.3 Sila maklum jika anda memilih untuk tidak menerima sebarang maklumat pemasaran daripada Digi, anda akan hanya menerima komunikasi berkaitan perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda.
9.1 Kami mengumpul maklumat secara automatik melalui penggunaan cookies, isyarat web (juga dikenali sebagai gif jelas atau tag piksel), Alat Analisis Rangkaian Digital dan teknologi serupa yang lain.
9.2 Cookie merupakan fail teks yang mengandungi jumlah maklumat yang kecil yang dihantar kepada pelayar anda oleh sebuah laman web, yang boleh disimpan di dalam komputer anda sebagai tag tanpa nama yang boleh mengenalpasti di mana komputer anda tetapi bukan anda secara peribadi.
9.3 Laman-laman web kami menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat berkaitan corak penggunaan dan minat anda supaya kami dapat memaparkan iklan atas talian yang relevan kepada minat anda apabila anda mengunjungi semula laman web kami. Tetapan pelayar boleh dibuat untuk memaklumkan anda sebelum menerima cookie supaya anda boleh memilih untuk menerimanya. Anda juga boleh membuat tetapan pelayar untuk mematikan cookies; tetapi, sekiranya fungsi ini dimatikan, beberapa laman web kami mungkin tidak akan berfungsi dengan betul. Kami juga menggunakan cookies dan teknologi serupa untuk tujuan analitik dan pengiklanan.
9.4 Untuk kebanyakan jenis cookies, termasuk yang kami gunakan untuk tujuan pengiklanan, anda mempunyai hak untuk memaklumkan kepada kami sekiranya anda tidak mahu kami menggunakannya semasa melayari laman web kami. Kami akan berhenti menggunakan cookies sekiranya anda mematikan cookies yang kami gunakan untuk tujuan pemasaran tetapi sila maklum bahawa ini tidak bermaksud yang anda tidak akan melihat sebarang iklan apabila anda melawat laman web kami, sebaliknya iklan yang anda lihat tidak akan diperibadikan mengikut kegemaran anda.
9.5 Untuk maklumat lanjut berkaitan penggunaan cookies kami dan bagaimana anda boleh mematikan fungsi ini, sila baca Penyataan Cookies kami. Sekiranya anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai cookies, sila layari www.aboutcookies.org.
9.6 Tag piksel, yang juga dikenali sebagai gif jelas atau isyarat web, merupakan tag yang tidak boleh dilihat yang mungkin ditempatkan di beberapa halaman tertentu di laman web kami. Apabila anda melawat halaman ini, tag piksel akan menjana penyataan generik mengenai lawatan tersebut. Biasanya, ia bekerja bersama cookies dan merekod apabila sebuah computer melawat sesuatu halaman. Sekiranya anda mematikan cookies, tag piksel akan hanya mengesan suatu lawatan web tanpa nama.
9.7 ‘Piksel pintar’ merupakan fail grafik kecil yang mengandungi pengenalan unik yang tersimpan dalam suatu e-mel. Kami mungkin menggunakan piksel pintar dalam kempen emel atau buletin kami. Ia membolehkan kami untuk mengetahui sama ada emel tersebut telah dibuka dan untuk merekod maklumat tertentu mengenai aktiviti penerima. Pengguna yang telah membuat tetapan supaya perisian emel mereka tidak memuat turun imej dalam emel secara automatik tidak akan menerima piksel pintar kami melainkan jika mereka membuat pilihan aktif untuk memuat turun imej dalam emel tersebut (dan kebanyakan perisian emel mempunyai tetapan asal di mana imej tidak dimuat turun secara automatik).
9.8 Kami mungkin menggunakan alat analisis rangkaian digital untuk memproses dan menganalisis ciri-ciri umum yang berkaitan dengan penggunaan laman web, produk dan/atau perkhidmatan kami. Kami mungkin menghasilkan atau mengekalkan profil pelanggan kami yang menggunakan sumber data dalaman termasuk maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami, atau maklumat peribadi yang diperolehi daripada pihak ketiga yang berkaitan atau yang bekerjasama dengan kami. Kami mungkin menggunakan maklumat ini untuk pelbagai sebab, termasuk untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan sokongan rangkaian dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang lebih baik, serta juga untuk memberikan kempen pemasaran atau kandungan yang disasarkan atau sesuai untuk anda.
10.1 Kami tidak akan menyimpan maklumat peribadi anda melebihi tempoh yang diperlukan untuk tujuan kami mengumpul dan memproses maklumat tersebut kecuali jika dikehendaki undang-undang atau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.
11.1 Tugas pegawai privasi yang dilantik oleh kami adalah untuk memastikan bahawa pemprosesan maklumat peribadi anda mematuhi penyataan privasi ini dan undang-undang berkenaan.
11.2 Kami telah mengambil langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada diakses, dikumpul, diguna, didedah, disalin, diubah suai atau dibuang. Pasukan pakar keselamatan kami kerap menilai langkah-langkah keselamatan ini, untuk memastikan kami mematuhi undang-undang yang berkenaan (termasuk mana-mana piawaian keselamatan atau garis panduan yang mungkin dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Akta Peribadi dari masa ke semasa.
11.3 Apabila kami menggunakan penyedia perkhidmatan atau syarikat pemprosesan lain untuk memproses maklumat peribadi bagi pihak kami, mereka dikehendaki mengikuti arahan kami dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi yang diproses bagi pihak kami, yang mungkin meliputi perkara berikut:
11.4 Apabila anda melog masuk ke akaun anda dengan nombor telefon atau nama pengguna atau kata laluan untuk menggunakan perkhidmatan kami, semua data akan dienkripsikan dengan menggunakan protokol kriptografik yang telah direka untuk menyediakan keselamatan komunikasi seperti enkripsi “Transport Layer Security” (TLS) dan “Secure Socket Layer” (SSL). Protokol kriptografik ini digunakan di semua halaman laman web kami yang mengumpul maklumat peribadi. Untuk membuat pembelian daripada laman-laman web ini, anda mesti menggunakan pelayar yang membolehkan TLS or SSL seperti Internet Explorer, Safari, Firefox, atau Chrome. Ini memastikan bahawa maklumat peribadi anda kekal sulit dan dilindungi semasa ia dihantar melalui Internet.
11.5 Sekiranya anda mempunyai nama pengguna atau kata laluan untuk mengakses perkhidmatan kami, adalah tanggungjawab anda untuk memastikan maklumat tersebut disimpan dengan selamat dan sulit. Sekiranya anda telah log masuk tetapi tidak aktif untuk tempoh yang lama, akaun anda akan dilog keluar secara automatik untuk memastikan butiran anda terjamin dan dilindungi daripada akses yang tidak dibenarkan.
12.1 Laman Internet merupakan persekitaran global. Kami menggunakan pelbagai rakan kerja dan penyedia perkhidmatan tempatan dan antarabangsa untuk menyediakan perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan digital dan infrastruktur teknikal (seperti server) yang mungkin ditempatkan di luar Malaysia.
12.2 Ini bermaksud bahawa kami mungkin memindah maklumat peribadi anda ke negara luar untuk pemprosesan Data Peribadi. Negara-negara sebegini mungkin tidak menyediakan tahap perlindungan yang sama seperti Malaysia, jadi apabila kami memproses maklumat peribadi di tahap antarabangsa, kami akan mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dilindungi dengan sewajarnya. Biasanya, langkah-langkah sebegini termasuk melaksanakan penilaian keselamatan data terhadap sebarang penerima dan membuat kontrak dengan penerima sebegini, yang memerlukan penerima untuk memastikan maklumat peribadi di negara tersebut tidak akan diproses dalam cara yang, jika negara tersebut adalah Malaysia, akan bertentangan dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan di Malaysia.
13.1 Anda mempunyai hak tertentu terhadap maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami. Kami telah mengambil langkah-langkah dan proses yang membolehkan anda menggunakan hak anda untuk memastikan agar kami memenuhi permintaan anda berkaitan maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami.
Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami seperti yang ditetapkan oleh undang-undang berkenaan. Sekiranya anda ingin mengakses maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami dengan memperoleh salinan, sila hubungi kami di Pusat Panggilan kami di 016-221 1800 atau secara bertulis ke Perkhidmatan Pelanggan, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Lot 10, Jalan Delima 1/1, Subang Hi-Tech Industrial Park, 40000 Subang Jaya, Selangor.
13.2 Sebelum kami memenuhi permintaan anda, anda mungkin dikehendaki membuktikan identiti anda dan menyediakan butiran lanjut mengenai permintaan anda. Kami akan memberi maklum balas kepada permintaan anda dalam tempoh yang wajar dan, dalam apa jua keadaan, dalam tempoh yang dikehendaki dan tertakluk kepada mana-mana bayaran yang dikenakan oleh undang-undang berkenaan.
13.3 Sebelum kami memenuhi permintaan anda, anda mungkin dikehendaki membuktikan identiti anda dan menyediakan butiran lanjut mengenai permintaan anda. Kami akan memberi maklum balas kepada permintaan anda dalam tempoh yang wajar dan, dalam apa jua keadaan, dalam tempoh yang dikehendaki dan tertakluk kepada mana-mana bayaran yang dikenakan oleh undang-undang berkenaan.
13.4 Kami akan cuba dengan sedaya upaya untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami adalah betul, lengkap dan tepat. Walau bagaimanpun, adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap, dan maklumat anda dalam akaun atas talian senantiasa dikemaskini.
14.1 Sebagai peraturan am, perkhidmatan kami tidak disasarkan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, kami biasanya tidak mengumpul maklumat peribadi mengenai mereka dengan sengaja. Jika kami menyedari bahawa kami telah mengumpul maklumat kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah, kami akan mengambil langkah untuk memadam maklumat tersebut secepat mungkin, kecuali jika dikehendaki undang-undang untuk menyimpan maklumat tersebut.
14.2 Walau bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa perkhidmatan direka untuk penggunaan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Kami akan memaklumkan kepada mengenai perkara ini termasuk di dalam Terma Perkhidmatan bagaimana kami melindungi data berkenaan dan akan terus memastikan setiap perkhidmatan itu mematuhi prinsip kami.
15.1 Laman web kami mungkin mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga, dan beberapa perkhidmatan digital kami ada menyediakan akses kepada perkhidmatan pihak ketiga (seperti rangkaian media sosial atau perkhidmatan VoIP).
15.2 Kami tidak mempunyai kawalan atas pemprosesan maklumat peribadi anda oleh laman web dan perkhidmatan pihak ketiga. Kami tidak menilai laman web dan perkhidmatan pihak ketiga, dan kami tidak bertanggungjawab ke atas laman web dan perkhidmatan pihak ketiga atau amalan privasi mereka. Sila baca polisi privasi sebarang laman web atau perkhidmatan pihak ketiga yang diakses daripada laman web atau perkhidmatan kami.
16.1 Penyataan privasi ini telah dikemaskini pada 23hb Ogos 2017. Kami mungkin mengemaskini penyataan privasi ini dari masa ke semasa dan kami akan memaparkan pengumuman yang mudah dilihat pada laman web kami untuk tempoh 30 hari. Selepas tempoh ini, jika anda terus menggunakan perkhidmatan kami, anda mengesahkan penerimaan berterusan anda atas penyataan privasi ini.
16.2 Apabila kami membuat perubahan penting kepada penyataan privasi kami, kami juga akan menghantar emel atau SMS untuk memaklumkan anda bahawa penyataan privasi kami telah dikemaskini.
16.3 Sekiranya kami membuat perubahan penting kepada penyataan privasi dan anda tidak mahu menerima perubahan ini, anda mempunyai tempoh 30 hari di mana anda boleh menamatkan perkhidmatan tersebut yang tertakluk bahawa semua bayaran tertunggak perlu diselesaikan dan perlu dibayar mengikut Terma dan Syarat Pelanggan dan/atau terma dan syarat lain mungkin dikenakan oleh Digi ke atas anda dari semasa ke semasa bagi untuk tujuan penyediaan perkhidmatan. Selepas tempoh 30 hari, jika anda tidak menamatkan perkhidmatan anda, anda mengesahkan penerimaan berterusan anda atas penyataan privasi ini.
17.1 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berkaitan penyataan privasi ini atau bagaimana kami mengendali maklumat anda, anda boleh menghubungi:
Last revised on 23 August, 2018